marilah kita merenung fakta ini,
Kita sebagai manusia, sudah pasti akan ada benda yang kita lupa nak buat. Jadi, untuk menghalang diri dari lupa untuk membuat sesuatu, apa kata kita tulis nota senarai yang pelu di buat di dalam sehari, untuk menghalang saya dari terbabas di dalam menulis tesis, saya selalu meletakkan mental notes saya di dalam blog ni.
Kadang-kadang apa yang saya susun di dalam minda saya akan hilang dalam sekelip mata, bila ada event lain yang datang tanpa terduga. Contohnya jika saya sedang memikirkan sesuatu, tiba- tiba telefon berdering, confirm selepas tu saya dah tak ingat lagi apa yang saya fikirkan sebelum telefon berdering.
Dalam membuat tesis pun kadang-kadang kita terlupa flow untuk menulis ataupun cara untuk mencari data di internet. Biar saya ulang balik perkara yang saya buat selalu :
1. Taip tajuk yang releven di Google Scholar.
2. Dapatkan jurnal yang berkaitan itu.
3. Tengok samaada orang lain ada menggunakan jurnal itu sebagai rujukan. (kalau jurnal yang tak boleh digunakan, bisanya ada sedikit je orang yang merujuk ke situ, jadi jangan ambil jurnal yang tak berapa sampai standard tu, gunakan jurnal yang di tulis oleh orang yang layak sahaja ye)
4. Baca jurnal yang merujuk ke artikel yang kita jumpa mula-mula tadi. (kalau artikel yang kita guna tu ada ramai orang yang rujuk, maknanya kita di landasan yang betul la tu.)
lepas kita baca tu,
kita buatlah summary apa yang kita baca tu didalam format excel. Ini untuk rujukan kita di masa hadapan. kalau tak buat summary macam ni, Isya Allah kita akan tenggelam dalam jurnal yang kita baca, sekejap ja kita dah konfius.
selepas dah buat summary,
ulang balik apa yang kita buat seperti step pertama di atas.
Selamat beramal ye...
No comments:
Post a Comment