Buku PhD

Showing posts with label pelajar phd. Show all posts
Showing posts with label pelajar phd. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

cari siapa yang leading author di dalam bidang kita

Selalu saja lupa cara untuk buat research dengan cara yang mudah dan menjimatkan masa.
shortcut nye begini.

Cari satu journal yang memang kita suka refer, ataupun yang terhampir sekali dengan research title kita. Kemudian tengok, journal tu publish kat mana? kemudian login to that particular journal dan cari special edition yang berkaitan dengan research kita, kalau tak der juga, kita tengoklah penulis mana yang kerap publish kat situ. Cara mudah nak buat benda ni ialah, tengok je kalau supervisor kita ada publish apa-apa yang berkaitan dengan research kita. Kalau nak senang lagi, tanyalah SV kita. Kalau dia jawab tu baguslahlah, biasanya dia akan suruh cari sendiri...hahahaha, dah sampai tahap phD pun nak tanya benda basic lagi , apa cerita ni?

untuk research saya, saya refer kat journal ni:


International Journal of Housing Markets and Analysis
Journal of Islamic Accounting and Business Research
Labuan e-Journal of Muamalat and Society
Management Research Review
International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management
Jurnal Pengurusan
Journal of Islamic Marketing
International Journal of Business and Society
Journal of Islamic Finance
International Journal of Bank Marketing
Journal of Public Administration and Governance
Management Research News
African Journal of Business Management

Journal of Islamic Economics, Banking and Finance

Sunday, September 4, 2016

Top journal for study

The study material for phd is not in a particular order. You will realised on what to do along the way. Today I discovered that I have to know the top journal of my study. This one I discover when I am listening to a you tube video by Prof. Johannes Cronje. He also said about Wordle.

How to develop a research proposal with Prof. Johannes Cronje


https://www.youtube.com/watch?v=wol_uL4oHp0

When we are in the journal, look for special edition, because most the article written is from the leading author in the field.








Monday, August 1, 2016

Prepare a matrix of Variables/Construct

Hari ni nak menulis tentang kepentingan membuat matrix ataupun table.

Sebagai pelajar, kita kena selalu membaca kan, kadang-kadang kita akan lupa apa yang kita dah baca atau pun belum. Ianya akan menjadi kusut kalau kita tikdak membuat summary ataupun ringkasan apa yang dah di baca.

Kalau baca satu jurnal je tentu takder masalah. Boleh la hafal mana yang patut. Tapi kalau setiap hari baca satu jurnal (ini kira jumlah minimum tau, selalunya kena baca lebih dari satu dalam sehari). Mau jadi gila nak ingat semua benda. Orang Kedah cakap penyakit "seben" bercakap sorang-sorang.





Saturday, April 16, 2016

Ada apa dengan chapter satu?

Saya selalu ingat yang chapter satu ialah satu chapter yang asing dan memberi informasi baru. Akan tetapi chapter satu bukanlah sepertimana yang saya fikirkan. Inaya ialah satu chapter yang merujuk kembali kepada apa yang ada di chapter 2 dan chapter seterusnya selepas itu. Ia adalah beberapa ayat yang di kumpulkan dari chapter 2,3,4,5 dan 6 (itupun jika ada chapter 6).

Tapi kita tak boleh kopipes dari chapter itu ye. Kita kena buat ayat baru menggunakan isi yang telah tersedia di chapter 2 dan seterusnya.

Saya gunakan link dari website ni untuk rujukan, jangan salah sangka ye, saya tak promote weblink ini, cuma bila saya taip kat google, ini je yang pertama terpampang kat muka depan PC saya. Anda boleh guna website yang lain juga sebagai rujukan.




 http://www.dissertationwriting.com/introduction-chapter-writing.shtmlhttp://www.dissertationwriting.com/introduction-chapter-writing.shtml

Antara isi yang ada kat website tersebut. Follow this sequence for your chapter 1.

Introductory Paragraph
Background of the Problem
Statement of the Problem
Purpose of the Study
Significance of the Study
Primary Research Questions
Hypotheses
Research Design
Theoretical Framework
Assumptions, Limitations, and Scope (Delimitations)
Definition of Terms

Summary
Summarize the content of Chapter 1 and preview of content of Chapter 2.



 Source: Barbara von Diether, EdD

Pelupa

marilah kita merenung fakta ini,

Kita sebagai manusia, sudah pasti akan ada benda yang kita lupa nak buat. Jadi, untuk menghalang diri dari lupa untuk membuat sesuatu, apa kata kita tulis nota senarai yang pelu di buat di dalam sehari, untuk menghalang saya dari terbabas di dalam menulis tesis, saya selalu meletakkan mental notes saya di dalam blog ni.

Kadang-kadang apa yang saya susun di dalam minda saya akan hilang dalam sekelip mata, bila ada event lain yang datang tanpa terduga. Contohnya jika saya sedang memikirkan sesuatu, tiba- tiba telefon berdering, confirm selepas tu saya dah tak ingat lagi apa yang saya fikirkan sebelum telefon berdering.

Dalam membuat tesis pun kadang-kadang kita terlupa flow untuk menulis ataupun cara untuk mencari data di internet. Biar saya ulang balik perkara yang saya buat selalu :

1. Taip tajuk yang releven di Google Scholar.
2. Dapatkan jurnal yang berkaitan itu.
3. Tengok samaada orang lain ada menggunakan jurnal itu sebagai rujukan. (kalau jurnal yang tak boleh digunakan, bisanya ada sedikit je orang yang merujuk ke situ, jadi jangan ambil jurnal yang tak berapa sampai standard tu, gunakan jurnal yang di tulis oleh orang yang layak sahaja ye)
4. Baca jurnal yang merujuk ke artikel yang kita jumpa mula-mula tadi. (kalau artikel yang kita guna tu ada ramai orang yang rujuk, maknanya kita di landasan yang betul la tu.)

lepas kita baca tu,

kita buatlah summary apa yang kita baca tu didalam format excel. Ini untuk rujukan kita di masa hadapan. kalau tak buat summary macam ni, Isya Allah kita akan tenggelam dalam jurnal yang kita baca, sekejap ja kita dah konfius.

selepas dah buat summary,

ulang balik apa yang kita buat seperti step pertama di atas.

Selamat beramal ye...

Wednesday, September 23, 2015

tips untuk beginner

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips tentang apa yang perlu kita buat untuk stay updated di dalam bidang penulisan thesis.

Semenjak bulan pertama saya masuk bidang pengajian phd ni, saya dah subsribe to Google scholar. Saya melanggan dengan menngunakan kata kunci (keyword) yang berkaitan dengan bidang penyelidikan saya.

Cara nak melanggan ni, mudah sahaja, and taip google scholar, dan cuba cari artikel yang anda mahu, dan selepas itu ikut langkah yang disediakan di halaman tersebut, Google scholar ni bagus untuk pelajar baru. Adalah penting untuk kita tahu apa yang sudah di tulis di dalam bidang kita. Supaya penyelidikan kita tidak sama seperti yang telah di buat orang lain.

Memangla kita akan rasa semak juga bila google scholar ni sibuk dok hantar update setiap masa bila ada benda baru di dalam bidang kita. But trust me, ianya penting untuk di simpan dan di baca.

Monday, December 8, 2014

2 Dec 2014

2 Dec, 2014

Hari ni saya nak berkongsi sikit, apa yang saya buat bila takder mood nak menulis, pukul 5.30 petang ni rasa mengantuk pulak. Tapi dah dekat senja nak tidur pun rasa macam tak sesuai.

Senarai perkara yang saya buat untuk menghilangkan bosan:
1.       Tulis blog sambil dengar radio.
2.       Rebus kentang untuk di buat shepherd pie.

3.       Buat latihan menulis di white board supaya nanti boleh menulis dengan baik, anak murid pun senang nak faham tulisan lecturer. (itupun kalau saya terpilih menjadi apprentice di  University)