Buku PhD

Tuesday, April 26, 2016

Blog that I read


Ajzen
http://people.umass.edu/aizen/f&a1975.html
http://people.umass.edu/aizen/f&a1975.html


Originator of TRA
http://aizen.socialpsychology.org/


Di dalam Bahasa Melayu
https://mrachmat.wordpress.com/2012/05/30/aplikasi-theory-of-reasoned-action-dalam-memprediksi-niat-memilih-vote-sebuah-kajian-literatur/
https://mrachmat.wordpress.com/about-me/

Monday, April 25, 2016

Print to PDF

Kadang-kadang kita perlu save file pdf di dalam betuk page by page, saya menggunakan Primo pdf, untuk printkan ia. Kita boleh pilih mukasurat yang kita perlu sahaja untuk di simpan. Dengan cara ini kita akan menjimatkan storage yang kita guna.

Apa kah anda mempunyai cara lain untuk melakukan proses ini?

norsanina.com

Nak tanya, kat sini ramai tak yang pakai nama sendiri bila tulis blog?
Apa pendapat anda?

Bagi saya namasendiri.com memang perlu bila kita berminat untuk menjadi medium penyampai kepada sesuatu maklumat. Banyak benda yang kita boleh kongsikan untuk pengetahuan orang lain. Tak semua dari kita ada kepandaian untuk menerbitkan buku atau ada pelung untuk menulis ke majalah. Kadang-kadan tu kita dah tulis besusah- payah, tetapi di reject pula oleh editor.

Jadi, kita gunalah medium menulis blog ni untuk kita meyampaikan apa yang kita nak kongsikan.


Tuesday, April 19, 2016

Susunan Reference

Dari pengamatan saya, reference perlu ditulis dari yang terbaru, kemudian baru follow ke reference yang di tulis lama sikit.

Chapter 2 dan chapter 4

yang ni saya copy dari blog orang lain untuk kegunaan saya sendiri.

Assalaimualaikum kepada students yang sedang menulis tesis, Bila membaca Chapter 2 nampak mcm Chapter 4, bila baca Chapter 4 sebijik mcm Chapter 2...?? Sedikit perbezaan/tips: Chapter 2 (Literature Review): Anda diminta bersabar sekejap…. untuk mengeluar pendapat sendiri, Chapter 2 ‘bukan’ Chapter anda. Maksudnya… Chapter 2 ini tempat kumpul/compile segala refs (idea org lain) yang 

credit to http://aazmin.blogspot.my/

http://aazmin.blogspot.my/

Monday, April 18, 2016

List of blog for education

Yang ni bukan saya tulis ye, saya paste kat sini untuk rujukan saya sendiri ye.
Muat turun tesis dan disertasi dalam bidang kajian anda dari sini secara percuma. Tesis dan disertasi yang telah diterbitkan merupakan salah satu sumber rujukan yang sangat berguna untuk bahagian sorotan kajian. Berikut dihimpunkan senarai laman web untuk muat turun percuma tesis dan disertasi secara online (pautan ini akan sentiasa dikemaskini, jadi boleh like dan share page YR Academic Resources untuk mengikuti perkembangan terkini):
1. Laman web Open Access Theses and Dissertations (OATD):
https://oatd.org/
2. Laman web British Library (EThOS):
http://ethos.bl.uk/Home.do
3. Laman web PQTD (ProQuest Open):
http://pqdtopen.proquest.com/search...
6. Laman web Queens University Research and Learning Repository: https://qspace.library.queensu.ca/h...
7. Laman web CORE (COnnecting Repositories): https://core.ac.uk/
8. Laman web DiVA (menghimpunkan tesis dari 40 universiti di Sweden): http://www.diva-portal.org/smash/se...
9. Laman web Virginia Tech Electronic Theses and Dissertations (ETDs): http://vtechworks.lib.vt.edu/handle...
10. Laman web bagi himpunan E-book: http://bookzz.org/
11. Laman web menghimpunkan tesis dan disertasi di Eropah: http://www.dart-europe.eu/basic-sea...
13. Laman web UM Repository: http://studentsrepo.um.edu.my/
14) Laman web National library website
16) Laman web https://archive.org/
20) Laman web http://www.ndltd.org/
23) Laman web http://oatd.org/
28) Laman web http://www.theses.com/
p/s: Pangkalan data tersebut adalah untuk semua bidang secara umum, tidak terhad kepada bidang-bidang tertentu. Tag rakan-rakan moga-moga dapat membantu dalam penyelidikan masing-masing.
Moga manfaat berpanjangan...
credit to https://www.facebook.com/YR-Academic-Resources-556951007793908/

Berapa laju anda boleh taip?

Saya bekerja sebagai Research Assistant untuk seorang pensyarah. Dia seorang yang agak old school. Dia selalu memberi arahan untuk saya menaip semula artikel yang dia perlukan. Apa yang dia selalu buat ialah photocopy satu salinan artikel dan dia nak saya taip semula artikel itu. Kadang-kadang saya terfikir, apakah perlu kita taip semula semuanya? Takkan dia nak guna semua ayat yang ada kat dalam artikel tu? tapi itulah nasib seorang pelajar, selalu dibuli. Padahal ada je software yang boleh convert semua dokumen tu.

Saya pun buat lah test untuk mengetahui berapa pantas saya dapat taip di dalam satu minit. Mula-mula mestilah saya taip lambat, sebab saya bukanya typist, saya seorang pelajar yang perlu menggunakan minda lebih dari menggunakan jari-jemari untuk menaip semula semua artikel tanpa perlu berfikir. Saya perlu membaca beberapa artikel sebelum memulakan proses untuk menulis. Saya tak buat kerja copy dan paste dari artikel orang lain tanpa perlu berfikir.

Saya cuma mampu taip sebanyak 30 perkataan seminit. Saya rasa itupun dah di kirakan bagus untuk beginner seperti saya. Mungkin satu hari nanti saya dapat taip lebih dari itu, Insya Allah kalau saya berusaha.





Gambar di ambil dari :

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Mesin_taip

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mesin_taip

Convert file to word


Saya dah cuba software ni, memang best sebab kita tak perlu taip semula file yang kita scan. Dia terus convent ke MS Word file.

Ni link dia:


http://www.onlineocr.net/

http://www.onlineocr.net/service/bonusprogram
http://www.onlineocr.net/service/bonusprogram

Saturday, April 16, 2016

Ada apa dengan chapter satu?

Saya selalu ingat yang chapter satu ialah satu chapter yang asing dan memberi informasi baru. Akan tetapi chapter satu bukanlah sepertimana yang saya fikirkan. Inaya ialah satu chapter yang merujuk kembali kepada apa yang ada di chapter 2 dan chapter seterusnya selepas itu. Ia adalah beberapa ayat yang di kumpulkan dari chapter 2,3,4,5 dan 6 (itupun jika ada chapter 6).

Tapi kita tak boleh kopipes dari chapter itu ye. Kita kena buat ayat baru menggunakan isi yang telah tersedia di chapter 2 dan seterusnya.

Saya gunakan link dari website ni untuk rujukan, jangan salah sangka ye, saya tak promote weblink ini, cuma bila saya taip kat google, ini je yang pertama terpampang kat muka depan PC saya. Anda boleh guna website yang lain juga sebagai rujukan.




 http://www.dissertationwriting.com/introduction-chapter-writing.shtmlhttp://www.dissertationwriting.com/introduction-chapter-writing.shtml

Antara isi yang ada kat website tersebut. Follow this sequence for your chapter 1.

Introductory Paragraph
Background of the Problem
Statement of the Problem
Purpose of the Study
Significance of the Study
Primary Research Questions
Hypotheses
Research Design
Theoretical Framework
Assumptions, Limitations, and Scope (Delimitations)
Definition of Terms

Summary
Summarize the content of Chapter 1 and preview of content of Chapter 2.



 Source: Barbara von Diether, EdD

Pelupa

marilah kita merenung fakta ini,

Kita sebagai manusia, sudah pasti akan ada benda yang kita lupa nak buat. Jadi, untuk menghalang diri dari lupa untuk membuat sesuatu, apa kata kita tulis nota senarai yang pelu di buat di dalam sehari, untuk menghalang saya dari terbabas di dalam menulis tesis, saya selalu meletakkan mental notes saya di dalam blog ni.

Kadang-kadang apa yang saya susun di dalam minda saya akan hilang dalam sekelip mata, bila ada event lain yang datang tanpa terduga. Contohnya jika saya sedang memikirkan sesuatu, tiba- tiba telefon berdering, confirm selepas tu saya dah tak ingat lagi apa yang saya fikirkan sebelum telefon berdering.

Dalam membuat tesis pun kadang-kadang kita terlupa flow untuk menulis ataupun cara untuk mencari data di internet. Biar saya ulang balik perkara yang saya buat selalu :

1. Taip tajuk yang releven di Google Scholar.
2. Dapatkan jurnal yang berkaitan itu.
3. Tengok samaada orang lain ada menggunakan jurnal itu sebagai rujukan. (kalau jurnal yang tak boleh digunakan, bisanya ada sedikit je orang yang merujuk ke situ, jadi jangan ambil jurnal yang tak berapa sampai standard tu, gunakan jurnal yang di tulis oleh orang yang layak sahaja ye)
4. Baca jurnal yang merujuk ke artikel yang kita jumpa mula-mula tadi. (kalau artikel yang kita guna tu ada ramai orang yang rujuk, maknanya kita di landasan yang betul la tu.)

lepas kita baca tu,

kita buatlah summary apa yang kita baca tu didalam format excel. Ini untuk rujukan kita di masa hadapan. kalau tak buat summary macam ni, Isya Allah kita akan tenggelam dalam jurnal yang kita baca, sekejap ja kita dah konfius.

selepas dah buat summary,

ulang balik apa yang kita buat seperti step pertama di atas.

Selamat beramal ye...

Friday, April 15, 2016

komen dari supervisor

Untuk peringatan kepada diri sendiri,

Setiap komen yang kita dapat dari supervisor dan co-supervisor mestilah di cetak dan simpan dalam fail. Ini adalah untuk mengelakkan kita dari membuat kesalahan yang sama di dalam penulisan kita yang terkini.


Apa perlu ada di dalam abstrak?


Saya baca di dalam website ni untuk mengetahui apa yang perlu ada di dalam abstrak. Saya letak link di sini untuk kegunaan saya sendiri dan anda bolehlah berkongsi kegunaannya apabila perlu. Didalam proses menulis tesis saya sendiri, dah berkali-kali saya perlu menulis semula abstrak, jadi adalah baik jika saya dapat simpan link ini supaya tidak tersesat di kemudian nanti.


https://users.ece.cmu.edu/~koopman/essays/abstract.htmlhttps://users.ece.cmu.edu/~koopman/essays/abstract.html

Abstract

Writers should follow a checklist consisting of: motivation, problem statement, approach, results, and conclusions.

Introduction

This part is about how to sell your work. Tell reader something to entice them to read further.

Checklist: Parts of an Abstract

Motivation:
Problem statement:
Approach:
Results:
Conclusions:



Further Reading

Michaelson, Herbert, How to Write & Publish Engineering Papers and Reports, Oryx Press, 1990. Chapter 6 discusses abstracts.
Cremmins, Edward, The Art of Abstracting 2nd Edition, Info Resources Press, April 1996. This is an entire book about abstracting, written primarily for professional abstractors.






Wednesday, April 6, 2016

self

Untuk menolong menghabiskan PhD ni dalam masa 36 bulan saya buatkan senarai ni;

Flow :
1.Baca satu jurnal yang berkaitan
2. Dapatkan further reading di Google Scholar (senarai ni boleh dapat dari senarai reference yang kita sedang baca tu) pilih yang sesuai dengan tajuk kita dan cari jurnal yang asal, sepertimana yang dibaca oleh penulis jurnal yang sedang kita baca tu.
3. Buat senarai apa yang meraka tulis, find a common ground, tapi jangan tulis yang common tu, sebab kita nak cari yang lain sikit, kalau kita nak tulis yang sama juga, baik fikirkan semula tentang apa contribution kita di dalam dunia penyelidikan?
4. Dah buat senarai tu dalam Excel format. Cuba buat ayat sendiri pula dengan point yang ada tu.

Dan ulang semula proses ni sampai anda tamat PhD anda. (Pengecualian ataupun kita boleh bercuti dari buat semua benda ni bila kita sedang sibuk buat data collection/interview)




Friday, April 1, 2016

Langkah kedua - Menulis Thesis

Sememangnya tiada orang akan memberitahu kita macam-mana flow yang betul untuk menyiapkan thesis. Sebab utamya ialah kerana mereka pun tidak tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu.

Semuanya adalah proses yang unik untuk setiap orang. Mungkin cara saya berbeza dengan anda. Percayalah, ini adalah proses pembelajaran yang panjang. Panjang ialah maksudnya, boleh jadi duat tahun atau pun lebih lama dari itu.

Langkah Pertama

Walau apa pun yang kita nak buat, permulaan adalah sesuatu yang sukar. It took me 5 months to write the proposal.

Lepas dah hantar proposal, Supervisor call untuk berbincang, tukar tajuk pulak. Bila dah fine tune tajuk yang sesuai, barulah boleh mula baca jurnal. Satu nasihat dari saya, jangan mula baca jurnal sebelum anda tahu apa yang anda nak tulis, nanti kita akan tenggelam di dalam jurnal yang kita baca.

Sebaiknya cari satu benda yang kita betul-betul minat untuk tulis. Kemudian berbincang dengan pakar yang sesuai. Letakkan satu fokus dulu. Tulis perkara yang kia nak tulis tu besar-besar dan letak kat beberapa tempat yang akan kita pandang setiap hari. Kalau setiap kali kita pandang tajuk/topik tu kita rasa semaking jatuh cinta, barulah mula cari jurnal, dan jangan dibuang apa yang kita fokus tu. Simpan dan tengok sampai kita boleh hafal setiap lentuk perkataan itu.

Kemudian kita mulalah menulis tanpa merujuk mana-mana jurnal. Bukannya apa, cuma nak tahu sebanyak mana kita boleh menulis dari hati kita. kalau kat sini pun dah sangkut-sangkut, itu maknanya kita tak boleh ekspresikan kecintaan kita pada topik tu.

Kalau dah lepas 100 perkataan pertama, barulah kita cari ciri-ciri ataupun isi yang sebenarnya patut kita tulis. Let the fun begin...